AKTIVITI

LAPORAN KLK

PROGRAM PRAKTIKAL INTENSITI VETERINAR 2009

1.0 PENDAHULUAN

  1. Akhirnya, KLK kami telah dijalankan di Pusat Pembiakan Kambing Bebiri, Gajah Mati, Pokok Sena. Seramai 40 orang pelajar dari kumpulan Veterinar III (VDB 131) kumpulan (A) dan seorang jurulatih kami En. Sabri Bin Hashim telah menyertai program ini. Program ini di namakan ‘’Program Praktikal Intensiti Veterinar’’. Matlamat pelaksanaan KLK ini adalah untuk memberi satu gambaran yang sebenar tentang kambing dan meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang dunia veterinar kambing secara komersial.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Memberi pendedahan mengenai penternakan kambing secara komersial dan teknik-teknik pemeliharaan serta berkongsi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki dari Pusat Pembiakan Kambing Bebiri.

3.0 PELAKSANAAN KLK

Nama Program : Program Praktikal Intensiti Veterinar.

Tarikh                  : 14 Februari 2009 (Sabtu).

Tempat              : Pusat Pembiakan Bebiri, Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah.

Penceramah    : -

Jurulatih            : En. Sabri Bin Hashim.

4.0 ATURCARA KLK

14 Februari 2009 – Sabtu

0815 Pagi             – Pelajar laluan AB di Varsity Mall, laluan C di perhentian bas

DPP Muamalat.

0830 Pagi           – Sarapan pagi di Varsity Mall.

0900 Pagi           –  Bas bertolak ke Ladang Pusat Pembiakan Kambing Bebiri.

1100 Pagi           –  Mendengar taklimat oleh Pengurus ladang.

1130  Pagi          –  Lawatan kerja praktikal ladang mengikut kumpulan

Aktiviti ‘Senyum Kambing’ di kandang ternakan

Penyediaan laporan praktikal oleh pelajar

1330 Petang    –  Sesi ‘smile and clip 131’

Makan tengah hari dan solat

Lambaian kasih

1530 Petang  – Bertolak balik ke UUM, Sintok

1730 Petang    – Dijangka sampai ke UUM, Sintok

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN KLK

Penasihat                  : En Sabri Bin Hashim

Pengarah Projek       : Mohd Ilham Bin Ruslay

Timbalan Pengarah : Cheng Chun Yi

Setiausaha                : Wong Oi Ling

Bendahari                 : Julieana Bt. Samsudeen

Nama pelajar yang menganggotai biro-biro pelaksana KLK:

Biro Tugas Khas                     : Ng Peak Chun

Biro Perhubungan Awam : Ch’ng Chiew Wei

Biro Makanan                       : Mohd Ilyas bin Soffian

Biro Pengangkutan             : Mohd Ezuwan Hafizi bin Aziz

Biro Cenderamata              : Lee Pei Kian

6.0 LAPORAN PERJALANAN KLK

14 Februari 2009

0815 Pagi – Pelajar dari laluan AB berkumpul di Varsity Mall, laluan C di

perhentian bas DPP Muamalat.

0830 Pagi – Bersarapan pagi di Varsity Mall.

0905 Pagi – Bas bertolak ke Ladang Pusat Pembiakan Kambing Bebiri.

1040 Pagi – Tiba di Ladang Pusat Pembiakan Kambing Bebiri.

1100 Pagi – Mendengar taklimat oleh Pengurus ladang.

1130 Pagi – Lawatan kerja praktikal ladang mengikut kumpulan.

-          Aktiviti ‘Senyum Kambing’ di kandang ternakan.

1330 Petang – Majlis Penutup dan sesi bergambar.

0200 Petang – Ke Makmal Ladang Veterinar, Gajah Mati, Pokok Sena.

0300 Petang – Makan tengah hari dan solat Zohor di Alor Setar.

0410 Petang – Bertolak pulang ke Universiti.

0525 Petang – Selamat sampai di Universiti.

7.0 HASIL/DAPATAN KLK

  1. KLK yang diikuti membentuk Mahasiswa berdisiplin dari segi masa. Ia merupakan latihan yang membentuk sahsiah diri sebagai warga Universiti pengurusan. Selain itu, ketepatan masa sebelum, semasa dan selepas KLK dijalankan  banyak mengajar Mahasiswa untuk menjadi seseorang yang menepati masa supaya aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar.
  1. KLK yang telah dilaksanakan dapat membentuk pelajar lebih mengenali tentang kambing. Ia dapat memberi pengetahuan kepada pelajar selain pengetahuan yang berada di kuliah kerana para pelajar mempunyai peluang mendekati dan memegang kambing di dalam program ini. Di dalam aktiviti tersebut, para pelajar dilatih dan diberi penerangan yang teliti daripada pengurus ladang tentang jenis-jenis kambing, cara-cara menguruskan kambing dan lain-lain. KLK ini merupakan satu latihan yang baik kepada pelajar.
  1. Di makmal veterinar kami di beri penerangan tentang cara pembiakan secara permanian beradas dan penyakit yang mudah menyerang kambing bebiri. Selain itu, kami di beri taklimat mengenai kaedah menghasilkan makanan rumput kambing yang siap di bungkus ’packing’ dan pengenalan kepada mesin pemotong, pengisar, pembungkus dan lain-lain.

8.0 ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN DAN PELUANG KLK

Kekuatan
  1. Ahli kumpulan kami menunjukkan kerjasama yang baik.
  2. Kerjasama yang baik dari Pengurus ladang dan kakitangan Pusat Pembiakan Kambing Bebiri.
Peluang
  1. Mendapat kenalan baru bersama Pengurus ladang dengan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama di masa hadapan dan dapat mengenali kakitangan sambil berkongsi pengalaman mereka.
  2. Mendapat pengetahuan baru tentang cara-cara pengendalian ternakan kambing dengan sempurna.
Kelemahan
  1. Sesetengah ahli kurang bersemangat dalam aktiviti kerja berpasukan.

9.0 CADANGAN DI MASA HADAPAN

Memandangkan KLK dapat membuka minda dan memberi banyak manfaat kepada para pelajar, jadi haraplah KLK dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang.

SEBAHAGIAN LAPORAN YANG DIHANTAR KE PUSAT KOKURIKULUM.

DARI: FAIL SETIAUSAHA VDB131.

3 Komen Add your own

  • 1. uumvetery  |  27/05/2009 at 6:28 am

    [b/]Untuk pengetahuan AJK, makluman dari pengerusi, mana-mana AJK berkaitan, boleh menuntut bayaran ganti(claim) dengan bendahari/pengerusi pada permulaan semester hadapan.

    AJK yang terlibat seperti senarai dibawah:

    -tugas-tugas khas (Ng Peak Chun) RM63.50 urusan kad nama peserta dll.
    -cenderamata (Lee Pei Kian) RM7.80 urusan hiasan cenderamata.
    -setiausaha(Wong Oi Ling) RM4.50 urusan cetakan.

    sila tuntut nanti, harap maklum.[b/]

    Balas
  • 2. roy  |  02/06/2009 at 3:24 pm

    bgus betui…waa…respek sama lu

    Balas
  • 3. uumvetery  |  02/06/2009 at 4:09 pm

    biarlah rahsia…hehe
    kok bisaa ku mengerti, pe yg kukatakan ini..
    lu bisa ngek2…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.